Bayaran Insentif Wilayah
Artikel ini telah diubah suai merujuk kepada BIW terkini iaitu Lampiran G, PP. Bil. 7/2007.
Bayaran Insentif Wilayah (BIW) adalah bayaran insentif kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang bertukar wilayah. Pegawai yang bertukar wilayah adalah seperti kelayakan di bawah.
Syarat-syarat Kelayakan
- Pegawai yang berasal dari Sabah (termasuk Labuan) atau Sarawak yang dilantik dan atau ditempatkan di Semenanjung atau
- Pegawai yang berasal dari Semenanjung yang dilantik dan atau ditempatkan berkhidmat di Sabah (termasuk Labuan) atau Sarawak atau
- Pegawai dari Sabah (termasuk Labuan) dan Sarawak yang bertukar di negeri-negeri itu.
Kadar Bayaran
| Lingkungan Gaji | % daripada gaji yang diterima |
|---|---|
| RM5565.61 dan ke atas | 12.5 |
| RM3566.05 – RM5565.60 | 15 |
| RM1783.84 – RM3566.04 | 17.5 |
| RM1176.76 – RM1783.83 | 20 |
| RM841.90 – RM1176.75 | 22.5 |
| RM841.89 dan ke bawah | 25 |
Pegawai yang berkelayakan untuk dibayar Elaun Wilayah
- Pegawai yang telah dilantik Tetap
- Guru sandaran Terlatih
Dokumen sokongan yang diperlukan
- Sijil Kelahiran Ibu atau Bapa Pegawai
- Sijil Kelahiran Pegawai
- Surat akuan Sumpah
(Bagi tujuan mengistiharkan wilayah yang dipilih samada mengikut wilayah asal ibu atau wilayah asal bapa)
Rujukan
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1988 – Elaun Wilayah Bagi Pegawai-Pegawai Tempatan Yang Bertugas Di Sabah/Sarawak Dan Elaun Gangguan bagi Pegawai Yang Bertukar Wilayah
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 1987 – Elaun-Elaun Dan Kemudahan-Kemudahan Bagi Pegawai-Pegawai Yang Bertukar Wilayah
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1996 – Pelarasan Saranan Anggota Sistem Saraan Baru 1995
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2001 – Lampiran G, Pelarasan Gaji 10% Kepada Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Baru
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 – Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia
- Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2007 – Lampiran G, Pemberian kenaikan Gaji Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia
Related Posts:
About this entry
You’re currently reading “Bayaran Insentif Wilayah,” an entry on Hariadi.Org
- Published:
- 02.02.11 / 11am
- By:
- Hariadi Hinta
- Category:
- Diari