1 Mawar SK Pekan II – 1988

Satu Mawar SK Pekan II. 1988.

1 Mawar
[via Mima album]

Gambar ini gua kebas dari profil Mima. Jujur gua katakan gambar ini berjaya membuat gua terkedu, berfikir dan senyum senyum kucing. Sungguh gengster. Masa ni gua hampir tamat kursus kemafiaan tahap satu. Jadi gaya tu ada iras iras Don Corleone.

Walau pun membuang air besar tak pass lagi, gua pakar dalam menghasilkan lastik buatan pokok jambu. Senjata ini amat sesuai diemkan pada bumbung rumah, pokok mangga simpang jalan assam dan paling
penting, kelibat gua dan lastik gua digeruni anjing anjing apek workshop simpang assam tu.

Ah. Manis sunggoh kisah lama.

Berdiri gengster (belakang) dua, tiga dan lima dari kiri, brader Exzan, brader Boy dan brader Bob. Keotaian mereka ni membuatkan makcik kantin sekolah bagi free kalau datang makan. Gua lupa dengan siapa gua minum kola botol campur panadol kedai Tabanak depan sekolah tu. Memang ke laut!

Berdiri tiga dari kanan, brader Kidi atau panggilan manjanya Mohd Arzaidy, adalah pemegang rekod pelajar terberat ketika itu sekaligus mendapat lesen melempang mana mana pelajar yang tidak memberikan kerjasama bab bab makanan. Beliau dan gua banyak kali membuatkan pihak berkuasa turun padang bermain kejar mengejar ketika remaja. Dengan kelicikan beliau, kami bisa lolos!. Berjaya juga menjadi insan kamil.

Cuba lu orang cari yang mana satu gua?
hint: barisan lelaki, berdiri empat dari kiri (depan).

Untung bukan muka yang kena kokak tu.

Seingat gua, hampir kesemua mereka ni masuk Sekolah Berasrama Penuh LD. Kecuali gua. Ini gara gara dulu tak nak belajar english for education. Sehinggalah gua sambung pertapaan dalam bidang kejuruteraan di Politeknik KK. Kemudiannya di intergrasikan ke Politeknik Ungku Omar gara gara fakta gua jatuhnya empayar Melaka disebabkan oleh kepten yang berasal dari negeri sembilan, hampir semua gua lost contact.
Tak dapat nak halo halo. Gua tau rata ratanya nak sangat belanja gua makan dekat Tenda Biru tapi apakan daya, gua kena menurut perintah YDPA. Jika ada masa nanti gua akan ceritakan gengster gengster PKK, PUO dan UKM. Luas perjalanan, lagi banyak pakai duit beli tiket kapal terbang!

Dulu gua jarang dan kurang berminat dengan pelajar perempuan walaupun semua boleh tahan makwenya disebabkan polisi kursus yang tidak mengbolehkan pelajar perempuan terbabit dalam kegiatan gua. Apa pun mereka semua rock! hip hop! sapel!, dan dangdut!. Semua sudah bekerjaya. Semua sudah berjaya. Tahniah semua.

Terima kasih Cikgu Agnes!

Nota Kaki:

Lagi satu gua lupa dengan siapa gua mandi sungai tepi sekolah. Bulat bulat telanjang! Sesiapa yang terambil gambar/video sila simpan kerana ianya berguna bila mereka jadi PM atau Hakim Negara mahupun DUN Parlimen Silam

Related Posts:


About this entry