7.30AM. Sedar dah tapi masih nak tidur..sambung lg..hehe
10.00AM. Nah..amik ko! Lewat terus.. plan nak gi Gaya Street kensel. Pukul 11.30 tegahari baru kiterang gerak gi amik tiket Shuttle Bus. Tengok jadualnya pun dalam pukul 12 tengahari paling cepat. Boleh gi breakfast dulu.. Biasala, mana lagi kalau bukan sponsor kiterang.. Mc D!

1Boerneo..tengah tunggu bas sekolah..
12.20PM. Oleh kerana dah terlewat nak gi Gaya street, kiterang plan nak jalan kat Centre Point Sabah. Tempat lepak waktu zaman poli dulu. Bukan selalu pun..kadang2 je.. Kat tingkat tiga tu ada jual barang2 travel punya. Kat situ la aku beli beg mcm beg askar. kecik je.. harga dia RM120..dapat diskaun 20% sebab Zaki tunjuk kad kakitangan awam (KPDN tuu..). Naik tingkat atas, Palm Square. Nak minum kat Starbuck tapi masih kenyang gi..

Maxis tengah promosi..siap panggil traditional dancer

Centre Point Sabah

Palm Square..panas..
1.20PM. Nak pegi mana lagi ni? Buzz buka Garmin..cari tempat yang tak best tapi paling dekat. Tugu Peringatan Malaysia? macam tak best je..tapi pegi je la. Tapi..huahuahua!! yang ni kiterang sangkakan Tugu Peringatan Malaysia..

Haha..ingatkn Tugu Peringatan Malaysia! kambin pya Garmin!
Yang ni ha baru Tugu Peringatan..bikin malu saja!

Tugu Peringatan Malaysia
2.ooPM. Jalan ke Sabah Toursm. Nak p amik Map la kononnya. Jauh jugak..1 KM kot.. Sempat berkenalan dengan..err..Trixy ke nama dia. Banyak info kiterang dapat..camner nk gi pulau, nak snorkeling. T.kasey Trixy (eh..kalau nama salah komen arr..). Dekat setengah jam jugakla budak 2 ekor ni mengurat si Trixy. Tanya konon..

Sabah Tourism
2.30PM. Lepak jap kat Coffee Culture yang terletak dalam KK Plaza (sebelah Post Office/depan Cental Market/tepi pantai). Lama jugak lepak sementara nak tunggu tempat makan ikan bakar tu bukak. sebelah Pasar Kraftangan je (Pandai je korang kata Pasar Pilipin..mana tah dpt). Sementara nak tunggu order sampai, layan dulu Mafia Wars. hehe! Aku order Ice Coffee Latte (RM5.99)..

Tunggu order..Mafia Wars..

Melantak..

Mempertontonkan aksi mengeliat wajaq (kuang ajaq)
4.20PM. Dengan muka yang xde malu..kiterang bergerak keluar dari Coffee Culture menuju ke destinasi seterusnya..Ikan Bakar Pasar Kraftangan! Banyak jugak pilihan..kami berkenan dengan Kerapu Merah (RM25) dan Sutun (1 cucuk = 4/5 ekor/RM10). Dia bagi Nasi Putih (RM1). Order minum RM2/seorang. Jadi semua sekali dalam RM46 = 3 orang! bagi aku tak la murah tapi boleh la..Itadakimas!!

Kak..kerapu merah kasi murah berapa?

Pehh..meleleh..
5.30PM. Destinasi seterusnya.. Anjung Samudra. Tengok matahari terbenam..sebenarnya nak tunggu kereta sewa kiterang. Tapi sebab dekat dengan Warisan Square pi tgk sunset dulu. Panas jugak tapi tak rasa sangat sebab angin dia best. Memang cantik la..tapi tak sempat nak tgk habis sebab brother yang hantar kereta tu dah sampai. Orang pun dah start ramai. Korang leh tengok sampai kul 6.15 kalau nak..

1..2..Zzz...

Kapten Ussoppa!

Haa..tarik rambut..tarik..

Lumba berenang nak?
6.40PM. Sampai kat TuneHotel. Sewa keta Iswara harga dia RM120 tapi minta RM100. Nasib baikla sepupu aku kat Politeknik tu tak sempat nak jumpa. Kalau tak boleh dapat RM70, student price!
9.00PM. Jalan-jalan kat Pasar Malam belakang Hotel Le Meridien. Ingatkan sampai kul 11 malam, tapi dah banyak yang tengah bungkus nak balik. Ada la separuh lagi kedai yang tinggal. Kalau setakat nak cari pearl/mutiara jenis low-quality (air tawar)..cari je kat sini. Ok per..keronsang pun dalam RM10-Rm20. Gelang dalam RM5-RM10 je. Nak cari kristal, kene tengok betul-betul. Pusingkan je, kalau kilat ok le tu..
10.15PM. Lepak kat pantai Taman Awam Teluk Likas. boleh tahan juga. Kalau cuaca elok..korang leh tengok Masjid Bandaraya berbackgroundkan puncak gunung kinabalu..tapi malam tu berbackgroundkan petir je..nak hujan! Lepak sampai la kul 11 malam. Flash lupa nak bawa jadi gambar pun tak seberapa elok. boleh tahan juga tapi buat sakit hati aku je. jadi aku tak nak upload! haha!
11.40PM. Singgah makan kat Anjung Selera. Kalau dari arah KK, depan sikit je..mana keta banyak parking kat situ la. Kiterang amik port yang dekat dengan pantai..huii..candle light dinner! “Bang, makan bang..”, “bang, sini bang..sedap sini” hehe..ramainya yang menjemput! wekeke.. tapi tak boleh kalah macam mamak kembar kat percint 9 tu! Aku order Nasi Paprik Seafood (Rm5) ngan air Nestum (RM x ingat)..tapi airnya rasa Milo je! heh! kalau nak shisha pun ada. Balik dalam kul 12 lebih..abih satu episod..
Kaitan:
Sabah Trip (Day 1)
Sabah Trip (Day 3)
Album – Sabah Trip (Day 1)
Album – Sabah Trip (Day 2)
Album – Sabah Trip (Day 3)